Aug 26, 2017

LUNCH & DINNER IDEAS IN PORT DICKSON 🏖

Assalamaulaikum 😊

Hi korang ! Hopefully your day today baik-baik dan tenang sahaja okay :) This time, Say nak share lunch and dinner ideas in Port Dickson. Tempat yang Say nak share ni adalah the only place yang ada dekat Port Dickson sahaja. Tak ada dekat tempat lain. So kalau korang pergi PD, korang boleh try sendiri sebab these place selalu dapat good review, harga dia sangat berpatutan dan yang paling penting sedap 👍


LUNCH : NASI KUKUS AYAM PANGGANG COWBOY PLACE


Say dah makan Nasi Kukus Ayam Panggang Cowboy Place ni dah few times jugak daripada kedai dia dekat tepi jalan yang berbumbungkan khemah sahaja sampailah dia berpindah dekat tapak yang lebih luas dan dia bina like betul-betul restaurant. Rasa dia tak berubah masih sedap.

No parking issue ! Parking dia sangat luas. Jauh berbeza daripada tapak yang lama yang mana nak parking ialah struggle gila sebab location dia tepi jalan kan. Nasib baik dah pindah. Apa yang best lagi, interior dia cowboy style sangat and ada live band.

Photo by : Waaa.co
Cara nak order, korang pergi dekat kaunter for order and bayar then korang pergi each station untuk pick up your order. Kiranya ni self service lah layan diri. Dia ada banyak set and menu yang korang boleh pilih. Kalau yang macam Say makan ni, Say ambik 1 Set ada nasi, ayam, sup and cili dia RM 6 sahaja. Try okay 👌


DINNER : KING'S CHAR KUEY TEOW 



Say boleh cakap almost all the foods are good. Tempat parking ada tapi limited. Kalau time cuti memang ramai orang, nak cari tempat duduk pun susah apatah lagi parking. Say pernah pergi on weekend dalam pukul 10 macam tu, dia dah close order dah youalls sebab dia takut tak boleh nak fulfill demand gitu. So korang after maghrib tu laju-laju jelah datang King's CKT ni okay.

Environment dekat King's CKT ni best and lagu yang dia play semua my jam, itu yang special 😂So ini adalah antara makanan yang di recommend oleh King's CKT sendiri yang pastinya best dan sedap 👍


Jadi itulah diantara lunch and dinner ideas in Port Dickson yang Say boleh share. Kalau korang nak tea time or chill chill dekat PD, boleh try Cendol Bakar and Coconut Shake Power RM 2. These two place semua dah pindah dekat tapak yang lebih selesa dan luas tau so dia bukan dekat tempat biasa. Mostly tempat baru ni korang kena jalan depan sikit. Kindly ask me anything okay kalau ada apa-apa nak tanya. Hopefully this can get you some idea to have lunch or dinns. 


Lot of Love,
Sayza Jazznie 💗

No comments:

Post a Comment