Aug 26, 2017

LUNCH & DINNER IDEAS IN PORT DICKSON 🏖

Assalamaulaikum 😊

Hi korang ! Hopefully your day today baik-baik dan tenang sahaja okay :) This time, Say nak share lunch and dinner ideas in Port Dickson. Tempat yang Say nak share ni adalah the only place yang ada dekat Port Dickson sahaja. Tak ada dekat tempat lain. So kalau korang pergi PD, korang boleh try sendiri sebab these place selalu dapat good review, harga dia sangat berpatutan dan yang paling penting sedap 👍


LUNCH : NASI KUKUS AYAM PANGGANG COWBOY PLACE


Say dah makan Nasi Kukus Ayam Panggang Cowboy Place ni dah few times jugak daripada kedai dia dekat tepi jalan yang berbumbungkan khemah sahaja sampailah dia berpindah dekat tapak yang lebih luas dan dia bina like betul-betul restaurant. Rasa dia tak berubah masih sedap.

No parking issue ! Parking dia sangat luas. Jauh berbeza daripada tapak yang lama yang mana nak parking ialah struggle gila sebab location dia tepi jalan kan. Nasib baik dah pindah. Apa yang best lagi, interior dia cowboy style sangat and ada live band.

Photo by : Waaa.co
Cara nak order, korang pergi dekat kaunter for order and bayar then korang pergi each station untuk pick up your order. Kiranya ni self service lah layan diri. Dia ada banyak set and menu yang korang boleh pilih. Kalau yang macam Say makan ni, Say ambik 1 Set ada nasi, ayam, sup and cili dia RM 6 sahaja. Try okay 👌


DINNER : KING'S CHAR KUEY TEOW 



Say boleh cakap almost all the foods are good. Tempat parking ada tapi limited. Kalau time cuti memang ramai orang, nak cari tempat duduk pun susah apatah lagi parking. Say pernah pergi on weekend dalam pukul 10 macam tu, dia dah close order dah youalls sebab dia takut tak boleh nak fulfill demand gitu. So korang after maghrib tu laju-laju jelah datang King's CKT ni okay.

Environment dekat King's CKT ni best and lagu yang dia play semua my jam, itu yang special 😂So ini adalah antara makanan yang di recommend oleh King's CKT sendiri yang pastinya best dan sedap 👍


Jadi itulah diantara lunch and dinner ideas in Port Dickson yang Say boleh share. Kalau korang nak tea time or chill chill dekat PD, boleh try Cendol Bakar and Coconut Shake Power RM 2. These two place semua dah pindah dekat tapak yang lebih selesa dan luas tau so dia bukan dekat tempat biasa. Mostly tempat baru ni korang kena jalan depan sikit. Kindly ask me anything okay kalau ada apa-apa nak tanya. Hopefully this can get you some idea to have lunch or dinns. 


Lot of Love,
Sayza Jazznie 💗

Aug 25, 2017

BOLEHKAH WANITA DALAM HAID / PERIOD MANDI SWIMMING POOL ? (UPDATED VERSION)

Assalamualaikum 😊

Hi semua 👋 Hopefully semua sihat. This post is the update version untuk post 'Bolehkan Perempuan Haid Mandi Swimming Pool/Berenang ?'  Post tersebut di publish pada 2011 which is Say baru 13 tahun time tu. Say nak buat update version ni sebab dekat post tu Say tak cerita details or tips kan so dekat post ni Say akan share sedikit tips.

Say got a huge of comments and DM about this, which means korang still curious even dah baca my post tu so this post bertujuaan untuk menyingkirkan curiosity korang yang still tak yakin boleh ke tak mandi dekat swimming pool during period ? Sure ke swimming pool tu tak bertukar jadi warna merah nanti ? So here we go !


It been 7 years already after my old post. Sekarang umur Say dah 20 tahun. Sepanjang pengalaman Say, during my period kalau Say nak mandi swimming pool ke nak pergi Sunway Lagoon ke or nak mandi laut, Say just proceed. Never cancel it because its true girls bila you dah ada dalam air, darah tu tak keluar kejap because of pressure and the process will stop for a while. 

So here are some tips :

🎕 Say advice untuk excuse dulu for the first day of period sebab Say tahu first day is like 'a lot'. Tapi kalau dah tak boleh nak elak nak buat macam mana kan, sebenarnya boleh je kalau nak swimming jugak. Doalah pada Allah semoga semuanya baik-baik sahaja.

🎕 Make sure you ganti dulu pad/pantie liner yang baru before nak swimming. Jangan buat hal okay !

🎕 Boleh choose nak pakai pad, pantie liner or free. Say tried all and my advice pakai pantie liner lah untuk protect you punya jarak perjalanan dari swimming pool ke toilet.

🎕 Bila you dah tukar pad/pantie liner yang baru for swimming, jangan lengah. Terus je swimming okay.

🎕 Bila you dah dekat swimming pool jangan rendam rendam kaki or main air manja-manja dulu tau, you terus je masuk swimming pool satu badan. It is because kita nak bagi pressure dulu. 

My tips are all based on my experience okay. Tips Say ni boleh digunakan untuk orang yang period normal flow. Yang jenis heavy flow tu excuse lah sehari dua. Tapi ada yang DM Say, dia jenis yang heavy flow but still nak swimming and the process still stop and everything was fine, Alhamdulillah. Okay after swimming tu, your period will back to normal,InsyaAllah.

Girls, don't worries okay. Doa pada Allah, InsyaAllah Allah akan tolong kita. If korang ada nak tanya apa-apa or nak tahu lagi my experience, boleh comment, email or DM Say through SocMed okay ? Say happy bila dapat share information with you girls because ramai lagi yang curious about this. Hopefully this info can help you. Do follow my blog for the other journey. 

Thank you for the almost 20,000 readers who find this kind of information in my blog 💗


Lots of Love,
Sayza Jazznie 💗

Aug 21, 2017

HOTEL REVIEW : AVILLION LEGACY MELAKA

Assalamualaikum 😊

Hi korang ! Hopefully everyone had a good day today. This will be the last post for Melaka, akhirnya 😂 Say nak review hotel yang Say and BFF stay for one night at Melaka. Yang tak baca lagi Short Getaway: Melaka Say and BFF tu boleh baca dulu okay.

Alright, so hotel yang kiteorang stay for one night is Avillion Legacy Melaka Hotel. Say book dekat Agoda like a month ago before our short getaway. 


Ikr ! The building is so beautiful since 1998.


No wonder lah this hotel was listed as UNESCO World Heritage Site since architecture and interior dia sangat cantik.

Okay jom start review ! Our room was Superior Room.





Our room sangat besar like out of our expectation. It was nice. Ada fridge, safe box, laundry plastic, hair dryer, toiletries, iron board, iron etc. So far sangat berpuas hati with this hotel. 

So yeah mana boleh cerita yang indah-indah je kan? Sejadah tidak disediakan tapi tanda kiblat dah ada dah, Alhamdulillah. My BFF, Huda tried to call room service several times tapi busy je. One more thing, sinki dia macam tersumbat tau, kita kena tunggu like 10 mins untuk betul-betul air dia clear after use it. That was not the good one lah. 

Talk about facilities, like usual ada swimming pool and gym. Kalau nak tahu other facilities lagi, korang boleh check it out dekat website Avillion Legacy Melaka okay. 




Say tak ambik banyak sangat gambar bilik because I did hotel room tour video feat BFF. Help me to naikkan your volume masa watching this video okay.


Highly recommended for this hotel sebab bilik dia selesa dan bersih, ada private parking, staff yang baik-baik, rasa safe insyaAllah and kedudukan dia strategic which is dekat je nak pergi jalan-jalan area Melaka. Hopefully this little info can help you. 


Lots of Love,
Sayza Jazznie 💗

Aug 20, 2017

SHORT GETAWAY : MELAKA !

Assalamualaikum 😊

Hi semua 👋 Apa khabar ? Hopefully korang semua sihat dan dirahmati ye, Amin. Okay kali ni Say nak share about my short getaway with BFF.


Why Melaka ? Sebab Melaka dekat dengan tempat tinggal kami since kiteorang tak nak drive and duduk dalam kereta lama-lama, it's low cost and Melaka is a good place for food haunting. Say akan share tempat-tempat yang kiteorang pergi selama 2H1M mengikut turutan okay, JOM !

First tempat yang kiteorang pergi ialah Ee Jiban Chicken Rice Ball. This restaurant sangat famous and Say nak sangat try apa yang special sangat agaknya. Bagi Say dia biasa-biasa je cuma chicken rice ball dia je sedap 👍


Next, kiteorang terus waze ke Kuih Keria Antarabangsa Hj Jalil. Kiranya kuih keria Hj Jalil ni lah yang paling famous dekat Melaka. Selalu jugak Say dengar orang beratur sampai 2 jam. Tapi Alhamdulillah kiteorang beratur less than 30 minute macam tu dah dapat grab kuih keria. Kuih keria dia sumpah sedap !!


Untuk mengelakkan kiteorang daripada tercekik makan kuih keria so kiteorang terus ke Klebang Original Coconut Shake.


Apalah maknanya menikmati Klebang original coconut shake tanpa ke pantai Klebang so our next destination is Pantai Klebang.


It's time for dinner. Mana boleh pergi Melaka tak makan asam pedas ? So we had our dinner at Kota Laksamana Asam Pedas Claypot.


After dinner, kiteorang jalan-jalan dekat Jonker Street and along Melaka river tapi kejap je sebab keadaan cuaca yang tak mengizinkan kami.



Day 2 we had our breakfast at The Daily Fix Cafe. Cafe dia bukan hipster tau tapi classy. Foods dia best and pancake dia is a must, kena try !



After that wealls take a picture depan BabaNyonya Museum sebab background dia cantik dan classic.


After that kiteorang pergi dekat area Stadthuys, which is kalau tak pergi area ni macam tak sampai Melaka lagi lah kononnya.


The last one before kiteorang balik, kiteorang makan cendol dekat The Tree. Cendol durian dia sedap gila and highly recommended 👍


So itulah journey short getaway Say and BFF ke Melaka. Say maybe tak cerita deeply about tempat makan yang Say pergi tapi kalau korang interested, Say dah pun shared 6 Best Place to Eat in Melaka siap tips and trick sekali dekat post tu. Eh, Say tak share pun hotel mana kiteorang stay for one night dekat Melaka ni kan ? Kalau nak tahu stay tuned for Hotel review !


Lots of Love,
Sayza Jazznie 💗

Aug 18, 2017

6 BEST PLACE TO EAT IN MELAKA (TIPS & TRICK) !

Assalamualaikum 😊

Hi ! If this is your first time visiting my blog, Hello I'm Say👋 Hopefully everyone sihat and happy harini. This time Say nak share six best place to eat in Melaka yang korang kena pergi dan cuba sendiri.

6 Best Place to Eat in Melaka yang Say akan share ni sesuai untuk orang yang pergi Melaka just for foods,short getaway or yang nak spend time dekat Melaka just for whole day. Happy reading !


1. EE JI BAN CHICKEN RICE BALL 




💮 Datang before pukul 12 tengahari sebab nak elak beratur
💮 Kupon parking boleh mintak dekat pekerja Ee Ji Ban sebab it's FREE !
💮 Sup bayar harga lain, it's not free macam kicap


2. KUIH KERIA ANTARABANGSA HJ JALIL




💮 Pukul 1 pm orang dah start beratur so datang before pukul 1.30 pm sebab line tak panjang lagi


3. KLEBANG ORIGINAL COCONUT SHAKE  



💮 Extra charge untuk coconut shake take away tapi fast service !
💮 Kalau nak beli coconut shake sahaja, cari cashier dekat area coconut shake. Since banyak cashier, confusing is real.


4. KOTA LAKSAMANA ASAM PEDAS CLAYPOT 




💮 Buka malam sahaja
💮 Order set macam dalam gambar tu and pilih ikan yang kita nak. Easy !


5. THE DAILY FIX CAFE






💮 This cafe selalu full house so kena sabar menunggu
💮 Pancake is a must. Kena try !
💮 Foods are great


6. THE TREE CENDOL




💮 Durian cendol is highly recommended 
💮 Tempat duduk banyak tingkat atas
💮 Dalam bangunan San Shu Gong (First building before nak masuk Jonker Street)


That's all the six best place to eat in Melaka. If korang curious and nak tanya anything about these place, boleh comment or DM Say through SocMed okay. Hopefully this little info can help you.


Lots of Love,
Sayza Jazznie 💗

16 AUGUST- ALHAMDULILLAH, I'M 20 !

Assalamualaikum 😊

Thank you for the wishes and du'a 😊


Lots of Love,
Sayza Jazznie 💗