Apr 14, 2013

HOW TO OVERCOME OILY SKIN / CARA MENGATASI KULIT BERMINYAK =)

Assalamualaikum =)

 Hello readers yang always looking good hendaknya,semoga semua sihat-sihat selalu okay :) Story sikitlah about my face,dahulunya takadalah berminyak tapi sejak umur semakin bertambah ni tiba-tiba je ada mungkin berpunca daripada pengambilan makanan yang kurang seimbang kot jadi dengan sukacitanya minyak ni pun sukati je berminyak di muka ni. Entry ni request from my best friend, Erma yang excited nak tahu cara Sayza overcome oily skin ni. So Erma this is for you and youalls outside there =)

                        

  Sebenarnya ada banyak cara untuk mengatasi kulit berminyak ni like ikut petua orang dolu-dolu or gunakan produk-produk kecantikan but Sayza just tunjukkan cara yang mudah and bagi Sayza bahan-bahan ni senang nak dapat,senang nak buat and senanglah bagi orang yang kurang rajinnya like me.

.APPLE

1. Ambil sebiji epal,kemudian potong cube dan masukkan ke dalam pengisar or kita cakap blander.Kisar sehingga halus and make sure don't use water ye.

2. Sebelum kita nak buat anything on face ni make sure bersihkan muka youalls dari segala kekotoran,basuh muka guna cleanser dan keringkan. Kemudian epal yang siap dikisar tadi apply di seluruh muka,avoid bahagian mata ye nanti pedih susah pulak.

3. Biarkan selama 20 minit lalu bersihkan. Cara ini disarankan dilakukan seminggu sekali.

                             
TOMATO

1. Lebih kurang sama dengan method untuk apple tadi. Ambil sebiji tomato,kemudian potong cube dan kisarkan dengan blander cuma kali ni jangan biar hancur terus just hancur sikit-sikit je.

2. Macam biasa bersihkan muka anda dari sebarang kekotoran,use your cleanser dan keringkan. Kemudian apply tomato yang telah dikisar tadi ke muka,avoid bahagian mata untuk mengelakkan kepedihan.

3. Biarkan selama 15 minit lalu bersihkan. Mesti rasa segar bugar lepas basuh tu dan cara ini juga disarankan seminggu sekali.


                               

PUTIH TELUR

1. Separate white egg dan egg yolk. Yang kita perlukan hanya putih telur ye kemudian kacau-kacau putih telur itu sehingga nampak bubble. Bukan buih yang orang nak buat kuih itu,asal kita kacau-kacau nampak buih-buih itu sudah memadai.

2. Macam biasa bersihkan muka dari sebarang kekotoran,basuh guna cleanser dan keringkan. Kemudian slowly apply putih telur tadi di seluruh wajah dan avoid bahagian mata ye.

3. Biarkan selama 20 minit atau sampai dia betul-betul kering then korang basuh. Before korang basuh mesti kulit rasa tegang okay itu perkara biasa lepas basuh mesti fresh punya.

4. Cara ini disarankan seminggu 2 kali. Jangan risau takada hamis ye muka korang tu and putih telur ni adalah my fav way to overcome oily skin =)

                           

  Itulah 3 cara yang senang lagi mudah bagi Sayza untuk mengatasi kulit berminyak so far feedback orang yang buat method di atas semua berkesan dan insyaAllah tiada kesan sampingan because we use bahan organik ye tiada langsung bahan chemical. Jika kaedah ini tidak berkesan anda boleh lah guna cara alternatif yang lain. 

 Kalau macam Sayza memang sometimes takada masa nak buat so buat kadang-kadang je and memang muka pun totally tak okay lagi tapi kuantiti minyak tu dah kuranglah. So youalls bolehlah pilih satu diantara kaedah-kaedah diatas. Bila dah buat method diatas ni make sure rajin basuh muka,banyak minum air,elakkan makanan berminyak dan jangan malas remove makeup.

 Lastly,Sayza sarankan dekat youalls kalau boleh tak perlu bercakap time apply benda ni lagi elok kalau tidur while hear relaxing song mesti rasa tenang sikit then wish youalls good luck and happy trying :) Selamat mencuba ! Jaga diri. Assalamualaikum.

Sincerely,
Sayza




Jun 10, 2011

BOLEHKAH PEREMPUAN HAID MANDI SWIMMING POOL/ BERENANG ?

                                                              Assalamualaikum :)

  Hi korang ! *lambai tangan* Pernah tak rasa perasaan dukacita macam sedih, terlebih sedih atau teramat sedih sebab tak boleh join atau kena cancel je segala jenis aktiviti air like mandi swimming pool, snorkelling, diving, mandi waterfall or pantai sebab apa ? Sebab kita 'in emergency' iaitu sebagai seorang perempuan yang sejati kita di datangi haid/datang bulan/period/bendera jepun/bendera merah/abc/pms !


  Say terpanggil-panggil nak talk about this because I experienced about this before. That time I was Form 1 dan my family planned nak berholiday dekat Port Dickson on saturday. Tipulah tak excited. Tetambah pulak kita kecik pulak masa tu hahaha. Tapi nak buat macam mana, Say "cuti" on friday ! That time, feel like urghrrr why this time ? Why ?  :(

Tipu kalau tak rasa mengelabah,sedih ke segala perasaan kan. Mesti kita ada same thinking like ; 

"Kang kalau aku mandi swimming pool jadi air merah satu pool nanti macam mana ?" 
"Kalau aku mandi laut pulak nanti jadi laut merah tidak semena-mena macam mana pulak kan ?"

So here we go guys, this info yang Say dapat dari google that time :

Hamba Allah : Buat pengetahuan awak, saya dulu 2 tahun ambil swimming class. Mula-mula cuak jugak. Sibuk tanya sana-sini. Ada cakap boleh dan tak kurang jugak yang cakap tak boleh. Tapi saya masuk jugak dalam pool dalam keadaan haid. Okay je. Saya ada baca dalam satu laman web doctor ni mengatakan bahawa apabila wanita haid berada dalam air, darah secara automatiknya tidak keluar. Tapi kalau awak baru hari pertama, mintaklah excuse dulu untuk sehari. Ha jangan bawak masuk pad korang tu tau. Wasalam.

Lega tak ? Tak cukup lega lagi I go to get my mum. Orang kata orang tua ni lebih makan garam dulu dari kita yedak ? Mama cakap the same thing like the info. That time dah rasa confident sikit but still takut >,<

Dan sekarang setelah bertahun-tahun Say dah tak kisah dah period ke tak period ke kalau nampak pool nak terjun, terjun je. Which means that info adalah benar. Alhamdulillah, Allah mudahkan. "Semakin dalam korang dalam dasar air maka semakin kuat tekanan so proses akan terhenti". It's pressure. Sebab tu dia stop.

Harapannya awak yang tengah baca ni legalah ye sekarang. Say berharap sangat entry Say ni boleh membantu korang yang curious about this. Jangan takut. Jangan risau. Enjoy your holiday wahai kaum hawa. Ikut tips Hamba Allah itu tadi, InsyaAllah okay. Thanks for reading !


Sincerely,
Sayza

Nak tahu update post dan tips 'Bolehkah Perempuan Haid Mandi Swimming Pool/Berenang?' 2017!!!  Boleh click sini 😊